Thursday, 29 September 2011

Kereta terjunam ke laut...!!!



  "Sebuah kereta jenis Proton Wira berjaya dinaikkan dengan menggunakan kren selepas dipercayai merempuh pintu masuk Dermaga Dalam di Butterworth,semalam.Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas kereta yang dinaiki bersama empat orang rakannya terjunam ke laut.Mereka yang dipercayai mabuk tersilap jalan apabila menyangka pintu masuk ke dermaga itu adalah pondok tol dan mula panik apabila dikejar polis bantuan pelabuhan kerana menceroboh kawasan larangan."PETIKAN DARI UTUSAN.


*nie larr padahnya bila pandu kereta time mabuk...:D

Safee dijemput ke Cardiff lagi..??

Seperti yang sedia ada tahu bahawa seorang anak Malaysia telah berjaya menjalani latihan disebuah kelab di eropah,Cardiff City.Nnamun baru-baru ini kita telah dihampakan dengan keputusan imegresen United Kingdom yang tidak memberi permit kepada Safee Sali untuk bekerja disana.Pihak imigresen menuntuk agar Malaysia perlu berada di ranking sekurang-kurangnya ke-70 dunia untuk membolehkan pemain dari Malaysia beraksi disana.




"Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berkata badan induk itu sedar isu berkenaan akan timbul sekiranya Safee yang kini menjalani latihan selama dua minggu bersama Cardiff City berhasrat untuk terus menyarung jersi kelab itu.
Menurutnya, pemilik Cardiff City dari Malaysia, Datuk Chan Tien Ghee perlu bertanggungjawab mengenai isu permit kerja pemain sensasi itu selepas pihak imigresen di United Kingdom enggan mengeluarkan permit kepada pemain itu.
“Isu ini sepatutnya dijawab sendiri pemilik Cardiff City. Merekatidak merujuk dengan sekretariat FAM berhubung isu tersebut sehingga saat-saat terakhir sebelum Safee berlepas ke London (pada 11 September lalu),” katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama, semalam.
Penyerang sensasi Malaysia itu kini dikatakan menghadapi masalah mendapatkan permit kerja untuk bermain dengan Cardiff City berikutan pihak imigresen di United Kingdom mensyaratkan pemain yang mahu bermain dengan kelab di negara itu mestilah datangnya dari negara di ranking 70 terbaik dunia.

Rakyat Malaysia khususnya amat terasa dengan keputusan tersebut kerana sudah sekian lala kita menginginkan seorang rakyat negara ini bermain di Eropah.Sepanjang latihan disana Safee Sali telah mempamirkan aksi yang menarik dan berjaya memikat jurulatih Cardiff City,Malky Mackay.Bukan itu sahaja,Safee Sali telah berjaya mendapat liputan meluas akhbar di Eropah.Selain itu,pihak Cardiff City berjanji akan menawarkan satu lagi tawaran latihan kepada beliau dalam masa yang terdekat.
*admin berharap pihak FAM mahupun pihak Cardiff City berusaha untuk memberi peluang kepada pemain negara beraksi di Eropah.

Tuesday, 27 September 2011

Bangunan Empire Gallery Subang Meletup..??


Menurut laporan berita terkini tv3 kejadian berpunca dari letupan tangki gas bawah tanah di bangunan tersebut, 4 orang tercedera dan manakala 300 orang yang lain diselamatkan dan dipindahkan – Sumber berita terkini tv3, dan Selanjutnya baca di bawah ini, sumber dari TheStar:-
SUBANG JAYA: Two people were injured while more than 300 people rescued and evacuated when an explosion occurred inside the Starbucks outlet at the Empire Subang here early Wednesday.
Four people, who were trapped in the lower ground floor of the shopping complex that also houses a boutique hotel, were rescued by firemen from the Subang Jaya Fire and RescueDepartment.
The 3.45am gas tank explosion that happened at the outlet located on the lower ground flooralso damaged two other floors of the complex.
The injured, a Nepali security guard and a local who sustained cuts caused by falling shattered glass, were sent to the hospital for treatment.




Subang Jaya Fire and Rescue department operations chief Harry said firemen from subang Jaya were assisted by their colleagues from PJ and surrounding areas in evacuating the hotel guests numbering more than 300 people.

Sunday, 25 September 2011

Bayi lemas dalam selimut..!!!!!

                                                                                          *gambar hiasan

 Seorang bayi berusia sembilan bulan maut di dalam segumpal selimut di Putrajaya kelmarin.Nur Harisya Miasarah Haizam meninggal dunia pada jam 9.00 malam,selepas bertarung nyawa selama 11 jam di Unit Rawatan Rapi(ICU),Hospital Putrajaya.

*salam takziah kepada keluarga mangsa

Friday, 23 September 2011

GEMPAR LAMBORGHINI TERBAKAR...!!!




Penduduk Kuala Lumpur hari ini gempar apabila Lamborghini jenis Gallardo terbakar.Difahamkan kebakaran ini terjadi akibat masalah enjin.Dilaporkan mangsa yang tidak ingin dikenali kendaraan tersebut dianggarkan bernilai lebih RM1.2 juta.

*sayangnyerr kete mhal2 terbakar...:(

Keselamatan ketika study final exam..:D


 Ada beberapa langkah untuk meningkatkan tahap keselamatan ketika study.Tapi kali nie admin x sure apa yang dia buat ni bole dipakai atau tidak....juz 4 fun..hahahahaha...

Bolasepak di Malaysia masih belum cukup hebat??


  Mungkin topik ini cukup panas untuk dibicarakan.Namun bagi admin,inilah saat yang sesuai untuk kita membincangkan perkara ini.Kita terpaksa menelan hakikat bahawa Team Malaysia yang kita bangga-banggakan selama ini belum cukup hebat untuk bertanding di pentas antarabangsa.Kita lihat sahaja keputusan perlawanan kelayakan olimpik tempoh hari dimana pasukan negara telah tewas ke tangan Jepun dengan 2-0.Walaupun keputusan hanya 2-0,namun sesiapa yang menyaksikan perlawanan tersebut pasti kecewa dengan persembahan pasukan negara.Biarpun hanya skuad olimpik,tapi keputusan itu patut diambil kira kerana skuad inilah yang bakal menjadi skuad kebangsaan kita.
  Disini admin berharap pihak berwajib mengambil satu tindakan untuk mempertingkatkan mutu persembahan pasukan negara.Secara hakikatnya,telah ramai rakyat Malaysia yang kembali menyokong pasukan kebangsaan.Namun,kita tidak mahu lihat pasukan kita bermain elok hanya dikandang sendiri.Untuk mengekalkan momentum yang ditunjukkan penyokong,pihak tertentu mestilah mengambil berat tentang hal ini.

*admin harap pasukan Malaysia menunjukkan persembahan berkualiti selepas ini...:)

Thursday, 22 September 2011

Simpatilah rakyat Somalia...must see..:)

Ketika kita sedang berseronok menjalani kehidupan di dunia.Kita lupa bahawa ada setengah anusia sedang sengsara dan berjuang untuk meneruskan kehidupan.Renungkanlah.

                                         Ketika kita mempunyai kemudahan dapur yang lengkap...

                                                   Mereka hanya memasak di atas tanah...

                                      Ketika kita memakai baju yang mempunyai pelbagai jenama...

                                                     Mereka hanya mempunyai satu jenama..

                                               Ketika kita sedang memandu kereta mewah..

                                            Mereka hanya mampu menunggang kereta jenis ini..

                                                  Ketika kita memakai selipar yang selesa..

                                                  Mereka hanya mampu mereka cipta ini...

So apa korang rasa??Bantulah rakyat yang memerlukan...










Wednesday, 21 September 2011

Kami x suka Facebook baru...tolong kembalikan yang lama...!!!

Admin baru-baru ni ada dengar pasal facebook page yang baru.Tapi baru semalam admin kena.Memang agak susah nak control sbub die pelik sikit.Mula-mula tu nak logout pown admin pening.Nasib baek larr jumpe jgak.Ada admin bace hackers telah masok ke facebook dan menggodam.Tapi yang tu admin x sure larr..Yang penting admin harap facebook menukar kembali format facebook kepada yang lama bagi memudahkan penggunaan facebook..:)

*like and follow ramai-ramai...

Banjir di seksyen 13 shah alam pada 21.09.2011...!!!

video



Pukul 4 ptg:-Shah Alam telah dilanda hujan lebat yang mengakibatkan banjir kilat terjadi.Antara kawasan-kawasan banjir ialah di sekitar kolej PTPL Shah Alam.Mengikut laporan seorang pelajar,terdapat seekor ular bekeliaran sewaktu banjir terjadi.

*admin harap kerajaan majukan sistem perparitan di Shah Alam..:)

MALAYSIA VS JAPAN..:)


Malam ini tibalah detik yang dinanti-nantikan seluruh rakyat Malaysia.Seramai 27 565 821 orang rakyat Malaysia akan berada di depan tv tepat jam 7 ptg.Marilah kita beramai-ramai menyokong skuad kebangsaan yang sedang berjuang untuk mengharumkan nama Malaysia...CHAIYOUK MALAYSIA..:)

Tuesday, 20 September 2011

Berapa Banyak Air Yang Diminum Seseorang Sepanjang Hayatnya..??



Air adalah sesuatu keperluan bagi manusia.Namun tahukah anda berapa banyak air yang diminum sepanjang hayat seseorang manusia.Menurut satu kajian yang admin baca.Secara putara manusia akan minum 8000 gelen air sepanjang hidupnya.

*pergh bnyaknyerr...agaknyerr apa akan jadi if kita minum air bnyk tu dalam satu2 masa..haha..:)

Bagaimana Semut Berkomunikasi??



Mesti kita pelik kan macam mana semut berkomunikasi sesama sendiri.semut x bercakap.namun setelah dibuat kajian mengatakan bahawa semut berbicara dengan menggeselkan sesungutnya..

*its very interesting to know how animals communicate to each other..:)

Saturday, 17 September 2011

THE BEST AND SIMPLE RECIPE FOR SIRLOIN STEAK...:D


In this post,admin akan tunjuk the best recipe to make sirloin steak.This is the simple way.

BAHAN-BAHAN-
-1 sirloin steak
-chilli powder
-salt and pepper
-minyak
-mix herbs

CARA-CARA-
-gaulkan sirloin beef dengan chilli powder,mix herbs
-seasoningkan dengan salt and pepper
-goreng sehingga masak bersama sedikit minyak

*jangan basuh daging kerana air didalam daging akan hilang


ROSEMARY SAUCE
BAHAN-BAHAN-
-brown stock
-butter
-chopped onion
-chopped garlic
-bay leaf
-rosemary
-salt and pepper as seasoning

CARA-CARA-
-panaskan butter terlebih dahulu
-masukkan chopped onion dan garlic
-masukkan sehelai bay leaf
-campur dengan rosemary dan tunggu sehingga bau rosemary naik
-campurkan dengan brown stock dan seasonigkan dengan salt and pepper

*masukkan sedikit cuka untuk memberi rasa sos yang lebih tajam..ENJOY IT!!!!!

Friday, 16 September 2011

KARTUN SPONGEBOB BUAT KANAK-KANAK BODOH???



Admin telah baca satu paper mengatakan kajian telah dibuat dan mengatakan kartun SPONGEBOB telah membuatkan ramai kanak-kanak di dunia menjadi kurang cerdik.

*berhati-hatilah jika nak tengok kartun..:)

Thursday, 15 September 2011

RECIPE TO MAKE A PERFECT FISH AND CHIP:)

Today i'll show you on how to make a perfect fish and chip.Others may have their own way,but this is the basic.

FISH MUNIERE
Ingredients-
-1 fish fillet
-mix herbs
-purpose flour
-butter
-lemon juice
-worchestershire
-salt and pepper
-caper

Steps-
-wash fish fillet thoroughly
-add them into worcestershire and lemon juice
-seasoning it with salt and pepper while heat the butter on a fry pan
-mix fillet into the flour
-fried fillet that was mixed with flour into the pan until cooked

*put some vinegar to make sauce taste palatable

RESIPI CHICKEN MARINATE....:)



Hari ini admin nak kongsi resipi fav admin...iaitu chiken marinate wif barbeque sos.memang sedap.tapi,admin juga baru belajar so if ada salah silap tolong komen ye...



CHICKEN MERINATE
BAHAN-BAHAN:
-1 chicken breast
-chilli powder
-salt and pepper
-mentega

LANGKAH-LANGKAH:
-gaulkan chicken breast dengan chilli powder dan seasonkan.
-panaskan mentega didalam pan fry.
-masukkan chicken breast kedalam pan fry dan tunggu sehingga masak.
-campukan dengan sedikit salt and pepper


SOS BARBEKU 

BAHAN-BAHAN:
-pes tomato
-chilli sauce
-chopped onion
-chopped garlic
-maggi seasoning
-salt and pepper
-a1 sauce
-hp sauce

LANGKAH-LANGKAH-
-goreng chopped onion dan garlic kedalam sedikit minyak
-campurkan semua bahan diatas
-tunggu sehingga masak

*untuk menajamkan lagi sos,msukkan sedikit cuka


*admin ase lapar bile cerita tentang resipi nie...:)

Wednesday, 14 September 2011

RESIPI CHICKEN CHOP....FOLLOW..!!!




BAHAN-BAHAN-
-1 whole chicken thighs
-bread crump-
-telur
-tepung


SOS-
-brown stock 
-black pepper/mushroom
-salt
-pepper
-water
-chopped onion and garlic
-bay leaf


CARA-CARA:
-debone chicken thighs
-salutkan dengan tepung
-campurkan dengan telur
-salutkan sekali lagi dengan bread crump
-goreng di dalam minyak yang banyak dan tunggu sehingga masak


*untuk mengetahui ayam masak atau tidak,ambli sebilah pisau dan tusuk ke bahagian ayam yang paling tebal kemudian letak pisau tersebut di bibir anda.jika ayam itu masak,hujung pisau tersebut akan panas.


SOS:
-panaskan butter
-masukkan chopped onion dan garlic dan tunggu sehingga kekuning-kuningan
-masukan sehelai bay leaf
-masukkan black pepper jika ingin membuat black pepper sauce atau mushroom untuk mushroom sauce
-kacau sehingga sos melekat dibelakang sudu
-campurkan sedikit air dan hidangkan.


*untuk menjadikan sos lebih tajam,campurkan dengan sedikit cuka


*resipi dari admin sendiri...ENJOY IT!!!!!

Saturday, 10 September 2011

GEMPAR...KANAK-KANAK MINUM SUSU DARI LEMBU!!!




KOAK ROKA 10 Sept. -Gara-gara ditinggalkan ibu bapanya yang meninggalkan kampung untuk mencari pekerjaan di Thailand, seorang kanak-kanak Kemboja berusia 20 bulan menghisap susu daripada seekor lembu sebagai alternatif untuk meneruskan hidupnya sejak Julai lalu.
*petikan dari mingguan malaysia

  Apa korang rasa agak- agaknya apabila terpaksa minum susu direct dari lembu..namun hakikatnya bergitu apabila hidup kita dihimpit kemiskinan.kesian admin tengok kat budak yang bernama Tha Sophat nie..tadi admin terkejut gilerr tengok berita nie..harap korang semua tolong orang yang miskin.

*admin terkilan kerana mak ayah die x bwk die skaly..

Friday, 9 September 2011

isLAM haNYa Dalam iC??AdE kE??






  Mesti korang tak pernah dengar kan....islam hanya dalam ic..namun hakikatnya sekarang memang ramai umat islam di serata dunia hanya mendapat isla hanya di dalam ic..sedihnya jika kita hayati betol2 maksud perkataan tersebut..melambangkan bertapa lemahnya umat islam zaman sekarang..orang zaman dulu berperang sambil berpuase...sedangkan orang zaman sekarang hanya berperang untuk berpuasa...kenapa semua terjadi??jangan salahkan ibu menganung..juz put all fault on your own shoulder..it is not fair if korang salahkan mak ngan ayah korang..pikir kan larr..berapa ramai umat islam yang telah meneguk arak??berapa ramai...admin sangat geram apabila ada certain orang cakap minum 'beer' jek...kurang sikit dosa...kepale hotak die!!!!!'beer' kerr...'jack danial' kerr...same jerr...
  Satu lagi contoh...rokok...amat sesuai jika diperkatakan hampir 8 dar 10 orang di Malaysia hisap rokok....terang-terang telah diperkatakan JAKIM rokok HARAM!!!!!!!bukan makruh...huh!!memang diakui admin dan kawan admin juga bagitaw memang susah nk berhenti rokok..tapi kerajaan dah keluarkan macam-macam iklan ubat nak berhenti rokok..tp.....mlas nk ckp larr..
  Dengarlah wahai umat islam era kini...nak ke kite tengok orang kafir kutuk kite mengikut ajaran dia???nk kerr?????fikirkanlah...kita mencari bahagia,kesenangan di akhirat....bukan diDUNIA...kerana itulah kita diturunkan di muka bumi ini..kita nie manusia akhir zaman...bila lagi nk taubat.....Ya ALLAH!!!!
  admin rasa sampai sini sajalah bebelan admin minggu ini...hope korang menginsafi diri korang...be a truly MUSLIM...NOT juz in ur ic....:)

*admin tak hisap rokok yerr..:)

Tuesday, 6 September 2011

HAYATILAH!!!!


hayatilah…
Suatu kisah
Kisah benar belaka
seorang pemuda dalam pencarian
Mencari pemilik rusuk kirinya
Sudah bertahun bersendirian
Muncullah calon yang entah ke berapa
Seperti biasa
Diusulkan emak tersayang

Bukan calang-calang calon yang diusulkan
Lulusan universiti Timur Tengah
Menghormati permintaan si anak
Yang mahu pendamping solehah
Sejuk mata memandang
Bertudung labuh litup
Pandai berbahasa Arab
Pendek kata tip top!

Si pemuda mulakan istikharah
Hampir berminggu
Setelah meneliti gambar
Mula mencari maklumat
Sebelum sesi taaruf bermula

Si pemuda menjenguk ke web
Laman Friendster kegemaran ramai
Yang kini mungkin Facebook
Satu keajaiban!!!
Si lelaki tidak pernah punya web sedemikian
Tiba-tiba tergamam
Si gadis masih anggun
Bertudung labuh litup
Namun, bergambar sakan
Aduh!

Terkejut bukan kepalang
Calon solehah direject tanpa ihsan
Bukan menjadi pilihan
Kerana gambar ditayang
Dengan penuh sakan
Pemilihan terbatal

Dia pernah berkata
Perempuan cantik itu
Tidak memandang dan tidak dipandang
Perempuan cantik itu
Tidak mengenali dan tidak dikenali
Perempuan cantik itu
Tidak menegur dan tidak ditegur

Akhirnya
Solehah kempunan calon soleh
Merayu untuk dipertimbangkan
Tapi sayang sekali
Si pemuda tetap
Tidak berganjak dengan keputusan

Wahai Muslimah
Aku dan kamu
Mari mempelajari, mencontohi
Watak-watak wanita salafussoleh
Sifat, pengorbanan dan perjuangan mereka
Kerana wanita solehah itu
Lebih baik daripada
seribu lelaki yang tidak soleh

p/s : puisi ini mmg sengaja di copy…
Wahai adik2 muslimah marilah mengambil iktibar,
jadilah muslimah sebenar,
jangan berselindung disebalik tudung litupmu itu.
sampaikanlah pada sahabat2 kalian
sekiranya mereka bertepatan dengan puisi ini

Terima Kasih kepada penulis puisi ini.


aku postkan pesanan ini buatmu ukhtiku..mungkin kau sudah jemu dengan pesanan2 sebegini.. tp tidak mengapa, selagi hayatku ada, aku tidak akan jemu utk menyebarkannya. utk apa? utk siapa? utk bagaimana? bila..dan di mana? semuanya ada pada diri kita.

jadi, hargailah anugerah kecantikan yg Allah bagi.. dalam hati juga mau baik maa.. bukan sekadar luaran (sekali lg, peringatan utk diriku jua). simpan..simpan lah gmbar2 cun cute miut mu itu seelok2nya. Krn gmbr2 itu membawa sejuta tafsiran… lets think deeply about it..