Powered By Blogger

Friday 23 September 2011

Bolasepak di Malaysia masih belum cukup hebat??


  Mungkin topik ini cukup panas untuk dibicarakan.Namun bagi admin,inilah saat yang sesuai untuk kita membincangkan perkara ini.Kita terpaksa menelan hakikat bahawa Team Malaysia yang kita bangga-banggakan selama ini belum cukup hebat untuk bertanding di pentas antarabangsa.Kita lihat sahaja keputusan perlawanan kelayakan olimpik tempoh hari dimana pasukan negara telah tewas ke tangan Jepun dengan 2-0.Walaupun keputusan hanya 2-0,namun sesiapa yang menyaksikan perlawanan tersebut pasti kecewa dengan persembahan pasukan negara.Biarpun hanya skuad olimpik,tapi keputusan itu patut diambil kira kerana skuad inilah yang bakal menjadi skuad kebangsaan kita.
  Disini admin berharap pihak berwajib mengambil satu tindakan untuk mempertingkatkan mutu persembahan pasukan negara.Secara hakikatnya,telah ramai rakyat Malaysia yang kembali menyokong pasukan kebangsaan.Namun,kita tidak mahu lihat pasukan kita bermain elok hanya dikandang sendiri.Untuk mengekalkan momentum yang ditunjukkan penyokong,pihak tertentu mestilah mengambil berat tentang hal ini.

*admin harap pasukan Malaysia menunjukkan persembahan berkualiti selepas ini...:)

No comments:

Post a Comment