Powered By Blogger

Thursday 29 September 2011

Safee dijemput ke Cardiff lagi..??

Seperti yang sedia ada tahu bahawa seorang anak Malaysia telah berjaya menjalani latihan disebuah kelab di eropah,Cardiff City.Nnamun baru-baru ini kita telah dihampakan dengan keputusan imegresen United Kingdom yang tidak memberi permit kepada Safee Sali untuk bekerja disana.Pihak imigresen menuntuk agar Malaysia perlu berada di ranking sekurang-kurangnya ke-70 dunia untuk membolehkan pemain dari Malaysia beraksi disana.




"Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berkata badan induk itu sedar isu berkenaan akan timbul sekiranya Safee yang kini menjalani latihan selama dua minggu bersama Cardiff City berhasrat untuk terus menyarung jersi kelab itu.
Menurutnya, pemilik Cardiff City dari Malaysia, Datuk Chan Tien Ghee perlu bertanggungjawab mengenai isu permit kerja pemain sensasi itu selepas pihak imigresen di United Kingdom enggan mengeluarkan permit kepada pemain itu.
“Isu ini sepatutnya dijawab sendiri pemilik Cardiff City. Merekatidak merujuk dengan sekretariat FAM berhubung isu tersebut sehingga saat-saat terakhir sebelum Safee berlepas ke London (pada 11 September lalu),” katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama, semalam.
Penyerang sensasi Malaysia itu kini dikatakan menghadapi masalah mendapatkan permit kerja untuk bermain dengan Cardiff City berikutan pihak imigresen di United Kingdom mensyaratkan pemain yang mahu bermain dengan kelab di negara itu mestilah datangnya dari negara di ranking 70 terbaik dunia.

Rakyat Malaysia khususnya amat terasa dengan keputusan tersebut kerana sudah sekian lala kita menginginkan seorang rakyat negara ini bermain di Eropah.Sepanjang latihan disana Safee Sali telah mempamirkan aksi yang menarik dan berjaya memikat jurulatih Cardiff City,Malky Mackay.Bukan itu sahaja,Safee Sali telah berjaya mendapat liputan meluas akhbar di Eropah.Selain itu,pihak Cardiff City berjanji akan menawarkan satu lagi tawaran latihan kepada beliau dalam masa yang terdekat.
*admin berharap pihak FAM mahupun pihak Cardiff City berusaha untuk memberi peluang kepada pemain negara beraksi di Eropah.

No comments:

Post a Comment